Friday, 24 March 2017

Entri 44/44 - Kelas Online Tutorial Asas Blog & Penulisan

Teks: Nur Adha Mansor

Alhamdulillah. Akhirnya, ini adalah entri terakhir tugasan saya untuk kelas online Tutorial Asas Blog & Penulisan. Siapa sangka kan dalam masa kurang sebulan, 44 entri berjaya ditulis, Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

Sebab sebenar saya menyertai kelas online ini adalah kerana ingin mendapatkan semula momentum serta mood untuk menulis atau berblogging. Dan saya berjaya. Sehari tidak menulis, terasa kejanggalan sangat-sangat. Bagai ada yang tidak cukup rasanya.

Pada mulanya, mentor saya, Puan Masayu Ahmad menyediakan tajuk blog saya Jurnal Kraf. Ini kerana salah satu minat atau hobi saya adalah membuat kraf seperti quilling. Namun, dek kerana buntu dan idea yang saya ada hanya sedikit untuk Jurnal Kraf, maka beliau dan saya berbincang dan saya bersetuju menukar nama blog saya ke Diari Online.

Sebelum ini, seperti yang pernah saya beritahu di awal-awal penulisan di blog ini, blog pertama saya adalah www.rahsiasihat.com. Ini adalah blog cari makan dan lebih berfokuskan kepada kesihatan serta produk Shaklee. Ini blog kedua, tempat di mana saya berkongsi perkara-perkara harian saya dan lebih santai. In shaa Allah, blog Jurnal Kraf pasti akan direalisasikan pada waktu yang lebih tepat.

Doakan agar saya boleh terus menulis dan jangan lupa jadi pengikut blog saya :)

Entri 43/44 - 7 Sunnah yang sangat digalakkan

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Google

Sempena hari Jumaat, sayyidul ayyam ini. Saya ingin kongsikan 7 sunnah yang sangat digalakkan untuk kita membuatnya. Jemput baca ye


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:  

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Entri 42/44 - Pengalaman Menyusukan Muaz 3 tahun

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Nur Adha Mansor


Image may contain: 1 person, standing, ocean, sky, shoes, outdoor, nature and water

Saya suka kongsikan dengan kalian perjalanan penyusuan saya bersama Muaz. Saya melakukan "extended breastfeeding" sehingga saya hamil anak ketiga. Kira-kira hampir 3 tahun saya menyuskan Muaz.

Antara yang paling ketara saya rasai sepanjang penyusuan adalah IKATAN antara saya dengan Muaz sangat kuat...walau di mana saya berada (kerja luar atau menghadiri kursus) Muaz tidak boleh tidur tanpa mendengar suara ibunya terlebih dahulu. Dan soalan yang sering bermain-main di bibir Muaz..Bu mana Bu?...

Muaz juga seorang kanak-kanak yang tidak cerewet dari segi pemakanan. Apa jua yang saya makan, dia akan makan juga kecuali yang pedas-pedas tapi sekarang bila dah besar, sambal belacan dan sambal tumis udang adalah kegemaran Muaz. Sangat mudah jika hendak beri Muaz makan kerana Muaz mudah terbuka selera. Mungkin ini juga salah satu kesan dari penyusuan sebab saya memang makan apa jua tanpa terlalu berpantang. Jadi dari bayi, Muaz telah merasa segala macam makanan yang disalurkan melalui air susu.

Selain itu, Alhamdulillah, Muaz sangat jarang demam mahupun selsema. Sepanjang tempoh penyusuan ini boleh dikira berapa kerap kami perlu menghantar Muaz ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan saya percaya, penyusuan susu ibu sejak dari jam pertama membantu membina pertahanan tubuh badan Muaz menjadi bayi yang sihat dan kuat. Apatah lagi saya turut mengambil vitamin Shaklee sepanjang penyusuan Muaz. Alhamdulillah. Jadi secara tidak langsung, susu ibu yang diberikan telah diperkayakan dengan zat-zat tambahan....

Saya sangat bersyukur kerana melalui penyusuan susu ibu, ia membuka mata saya. Alhamdulillah. Kesihatan ibu yang baik mempengaruhi taraf kesihatan anak/ bayi. Jika ibu kerap jatuh sakit, bagaimana penyusuan susu ibu mahu diteruskan. Anak masih memperolehi zat dari ibu tetapi jika ibu hanya makan makanan yang disukai, cukup ke nutrien untuk si ibu itu sendiri? Tidak perlu stok susu yang melimpah ruah tetapi diri sendiri asyik cuti sakit sahaja. Niat murni untuk menyusukan anak menjadi punca umpat keji orang lain....tepuk dada tanya diri.

Saya mengambil makanan tambahan untuk memastikan saya lebih sihat dan menjadi SUPERWIFE selain SUPERMOM Insya Allah. Bila sihat hati senang dan bahagia (Ingat sihat sebelum sakit) Jadi jaga kesihatan anda dengan mengamalkan makanan yang berkhasiat. Jika berhasrat untuk mengambil vitamin dari saya...lebih dialu-alukan..)

Entri 41/44 - Wanita dan Keputihan

Teks: Nur Adha Mansor

Salam semua. Hari ini saya ingin membawa kalian meneliti masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita sama ada yang masih remaja sehingga ke dewasa. Ada kala masalah ini dianggap taboo oleh sesetengah golongan namun saya ingin menegaskan yang demi taraf kesihatan yang lebih baik seharusnya permasalahan ini dibincangkan dengan lebih terbuka dan berilmiah.

Keputihan merupakan masalah yang sering mengganggu urusan harian seseorang wanita...Bagaimana keputihan ini terjadi? Adakah ia benar-benar mengganggu kehidupan seharian?

Masalah keputihan dan jangkitan kuman

Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita-wanita. 

Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit –penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samadamereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.

1. Peranan lendir di dalam faraj

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda seperkara yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir. 

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan iini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Lendir faraj juga mempunyai peranan penting dalam peranan persetubuhan dan pengeluaran lendir bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikianlendir adalah dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir faraj. Keluaran lendir dari faraj yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir denga tujuan-tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantumandi antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan. 


Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanandan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim (pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja). Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.

2. Apakah yang mengawal pengeluaran lendir?

Pengeluaran lendir dari faraj adalah dipengaruhi oleh paras-parashormon-hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang-kilang lendir dan membesarkan saluran-salutran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut , menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding faraj dan pangkal rahim. 

Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.

Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita-wanita yang memakan pil perancang keluarga keranapil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita-wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon oleh sebab penyakit-penyakit yang tertentu seperti endometriosis kadang-kala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.

Keadaan-keadaan tersebut di atas adalah dianggap sebagai fisiologi atau biasa dan tidak perlu merasa gempar atau bimbang.

Pengeluaran lendir yang berlebihanjuga boleh berlaku kerana gangguana jiwa seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu jugawanita-wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaranlendir yang berlebihan juga boleh berlaku.

Sifat lendir yang normal

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. 

3. Keputihan sebagai tanda penyakit

Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

4. Jenis-jenis jangkitan kuman

Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuamn hanya terhad kepada faraj tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara-perkara yang akan timbul dalam jangka-masa panjang ialah kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.

i. Kuman
Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrhea dan siplis. Kuman yang digelar dengan nama ‘Trichomonas’ sering juga menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk

ii. Kulat
Kulat yang digelar dengan nama ‘Monilia’ atau ‘candida’ sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.

iii. Virus
Virus seperti ‘herpes’ dan ‘chlamydia’ sering menjangkiti kemaluan dan perkakas peranakan.

5. Apakah bahaya jangkitan kuman 

Di antara-antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia menyebabkan kemandulan , kesakitan ketika haid, pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. Kuman yang hanya menyerang faraj dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh, pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.

6. Bagaimana kuman berjangkit?

Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin , selepas gugur, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman.

Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks.. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang (promiscuity). 

Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya ‘gonorrhea walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain.

sumber: http://www.hamidarshat.com/

Entri 40/44 - Kem Cuti Sekolah

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: AL-Baghdadi Cawangan Seri Manjung

No automatic alt text available.

Alhamdulillah. Hari ini adalah hari terakhir Anas dan Muaz mengikuti kem sempena cuti sekolah anjuran Al-Baghdadi Seri Manjung.

Ini kali pertama saya menghantar anak-anak mengikuti kem sebegini. Sebelum ini, masa mereka banyak dihabiskan di rumah sahaja. Niat saya pada mulanya adalah sekadar untuk mereka mengisi masa lapang mereka. Alhamdulillah, nampak kesan yang positif sepanjang mereka mengikuti program seperti ini.

Jika sebelum ini, Anas terutamanya agak liat untuk disuruh bersolat, namun sejak menghadiri kem ini, saya dan suami kurang bising-bising menyuruh solat. Seakan faham, sebaik sahaja azan berkumandang, Anas terus mengajak adik-adik (Muaz dan Hanis) mengerjakan solat. Saya sendiri terkesan dan syukur, saya sendiri dapat solat di awal waktu sekarang.

Selain itu, Anas juga meminta saya mendaftarkan beliau ke kelas tahfiz. In shaa Allah, bermula April 2017 ini, kelas tahfiz hujung minggu Anas akan bermula. Setakat ini, Muaz belum lagi menunjukkan minat untuk menghafaz Al-Quran, mungkin minatnya akan timbul sebaik dia melihat abangnya menghafaz. In shaa Allah. Yang pasti saya akan terus mendoakan mereka agar menjadi anak soleh.

Dan semalam mereka memang sangat gembira. Apa tidaknya, petang semalam adalah aktiviti berkuda. Dan mereka berpeluang menunggang kuda sendirian dengan pemantauan. Siap minta saya belikan kuda lagi (kalaulah semudah membeli kucing :) )

Siapa yang tidak suka melihat anak-anak seronok dengan aktiviti yang pelbagai kan. Alhamdulillah, kali ini cuti mereka lebih terarah. In shaa Allah jika ada kesempatan dan kemampuan, pada musim cuti akan datang, saya akan daftarkan mereka sekali lagi. Kali ini termasuk mek Hanis juga :)

Entri 39/44 - Ayah Sakit Pinggang

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Nur Adha Mansor

Image may contain: 7 people, indoor


Setiap hari bagai menjadi rutin saya pasti menelefon mama yang jauh di selatan. Rasa rindu apabila tidak mendengar suara mama lebih dari sehari dan sejak akhir-akhir ini mama suka merungut tentang papa. Merungut kenapa ye.

Papa saya jenis orang yang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja kerja yang ingin dibuatnya tanpa mengira berat atau ringan. Tetapi selepas mengerjakan sesuatu, papa mulalah mengeluh kata lutut sakit la pinggang lenguh la jadi kepada siapa lagi ingin dingadukan sakit serta lenguh ini jika bukan kepada isteri tersayang merangkap mama :)..

Sebelum ini, saya memang ada menawarkan papa untuk membelikan vitamin tetapi papa menolak. Papa memang tidak suka makan ubat. Jika papa demam pun, sangat susah untuk meminta dia makan ubat yang doktor berikan

Tetapi senario di atas telahpun berubah.

Kini, papa adalah pengamal setia vitamin SHAKLEE. Sejak berjinak-jinak dengan OMEGA GUARD dan OSTEMATRIX, papa semakin cergas dan tiada lagi rungutan tentang sakit-sakit atau lenguh-lenguh sendi. Malah papa sekarang semakin percayakan vitamin Shaklee berbanding panadol. Alhamdulillah, sebagai anak, saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya masih diberi peluang untuk menggembirakan hati kedua-dua mama dan papa.

Semoga doa mereka berterusan buat saya sekeluarga dan saya sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di dunia mahupun di akhirat.

Entri 38/44 - Lawan Arthritis Secara Semulajadi

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Google

Image result for arthritis

Apabila kita mendengar berkaitan arthritis, ramai yang cuba mengaitkan dengan ubat-ubatan dari doktor. Tetapi tahukah anda yang Arthritis boleh dicegah dan dilawan secara semulajadi dengan sumber makanan. Bagaimana?

i) Pastikan diet seharian kita cukup kandungan sulfur - sulfur diperlukan dalam penghasilan gluthatione sejenis enzim yang diperlukan untuk membantu baikpulih tulang dan sendi..Antara makanan yang mengandungi sulfur adalah seperti bawang putih, bawang, sayuran berdaun hijau dan asparagus.

ii) Mengambil sumber makanan yang tinggi kandungan omega 3 dan omega 6 - asid lemak yang berkhasiat membantu dalam meredakan bengkak, kemerahan, kesakitan serta keradangan pada bahagian yang terlibat..Ikan dan telur antara sumber terbaik omega

iii) Mencukupkan kalsium dan magnesium dalam pengambilan makanan seharian - Kedua-dua unsur ini diperlukan dalam memastikan sendi dan otot dapat bergerak dengan lebih lancar dan baik.Produk tenusu dan ikan bilis antara contoh makanan tinggi kalsium.

Kuncinya adalah piramid makanan harus dipatuhi. Terlebih atau terkurang mana-mana bahagian kesannya adalah pada kesihatan kita. Renung-renungkan ye.