Friday, 24 March 2017

Entri 44/44 - Kelas Online Tutorial Asas Blog & Penulisan

Teks: Nur Adha Mansor

Alhamdulillah. Akhirnya, ini adalah entri terakhir tugasan saya untuk kelas online Tutorial Asas Blog & Penulisan. Siapa sangka kan dalam masa kurang sebulan, 44 entri berjaya ditulis, Alhamdulillah syukur sangat-sangat.

Sebab sebenar saya menyertai kelas online ini adalah kerana ingin mendapatkan semula momentum serta mood untuk menulis atau berblogging. Dan saya berjaya. Sehari tidak menulis, terasa kejanggalan sangat-sangat. Bagai ada yang tidak cukup rasanya.

Pada mulanya, mentor saya, Puan Masayu Ahmad menyediakan tajuk blog saya Jurnal Kraf. Ini kerana salah satu minat atau hobi saya adalah membuat kraf seperti quilling. Namun, dek kerana buntu dan idea yang saya ada hanya sedikit untuk Jurnal Kraf, maka beliau dan saya berbincang dan saya bersetuju menukar nama blog saya ke Diari Online.

Sebelum ini, seperti yang pernah saya beritahu di awal-awal penulisan di blog ini, blog pertama saya adalah www.rahsiasihat.com. Ini adalah blog cari makan dan lebih berfokuskan kepada kesihatan serta produk Shaklee. Ini blog kedua, tempat di mana saya berkongsi perkara-perkara harian saya dan lebih santai. In shaa Allah, blog Jurnal Kraf pasti akan direalisasikan pada waktu yang lebih tepat.

Doakan agar saya boleh terus menulis dan jangan lupa jadi pengikut blog saya :)

No comments:

Post a Comment